Selamat Datang ke PERSATUAN RAKAN CELIK PIPI

Celik PIPI ialah kemahiran yang perlu dimiliki oleh semua ibu bapa atau penjaga dalam menghadapi cabaran dan dugaan untuk membersarkan anak-anak istimewa. Kita perlu celik dalam :

P - Perkembangan Fizikal (Physical) Anak -anak.

I - Perkembangan Intelektual (Intellectual)

P - Perkembangan Psikologi (Physiological)

I - Teknik Intervensi (Intervention) atau Terapi yang terkini

Kami adalah rakan pembimbing anda :

  • Memberi sokongan emosi
  • Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
  • Berkongsi permasalahan dan lain-lain lagi.

DEFINISI

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa pangjang dari segi fizikal, mental, intelektual, ataupun pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif di dalam kalangan masyarakat.

Sejarah Penubuhan

PERSATUAN RAKAN CELIK P.I.P.I yang berpangkalan di Johor Bahru telah didaftarkan sebagai persatuan yang sah pada 27 Januari 2012.

Tujuan Penubuhan

Menjadi rujukan utama kepada ibu bapa yang dianugerahi anak istimewa serta memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang ramai berkaitan anak istimewa.

Sokongan Komuniti & Keahlian 

Terlibat dalam program komuniti dan memberi impak yang positif apabila bertemu individu yang memiliki anak istimewa yang sama. Keahlian terdiri daripada anak istimewa, terapis, doktor, guru Pendidikan Khas dan orang awam yang berminat dalam akiviti sukarelawan.


Frequently Asked Questions

Bagaimana untuk mendaftar dan menyertai keahlian Persatuan?

Anda boleh menjadi ahli dengan melengkapkan borang pendaftaran dalam talian kami dan membayar yuran pendaftaran untuk pertama kali dan keahlian tahunan.

Apakah jenis program dan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan?

Kami menganjurkan pelbagai program, seminar termasuk perhimpunan sosial, bengkel, dan aktiviti sukarelawan.

Adakah anda mempunyai peluang untuk penglibatan komuniti?

Ya, kami menawarkan pelbagai program sukarelawan komuniti untuk ahli kami menyertai dan memberi impak positif untuk mereka yang menyertai keahlian. Kami juga ada hubungan baik dengan beberapa organisasi Kerajaan untuk menjalankan aktiviti dan program yang kami rencanakan.


“Menyertai PERSATUAN RAKAN CELIK PIPI adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat. Program dan aktiviti telah membolehkan saya bertemu orang yang berpengalamn dan membentuk silaturahim yang akan kekal seumur hidup. Saya sangat mengesyorkannya kepada sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan lingkungan sosial mereka dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan. Persatuan juga memberikan pelbagai kebaikan seperti sumbangan dan banyak lagi”

— Siti Aminah


Hubungi kami

Hubungi kami dengan sebarang pertanyaan atau pertanyaan. Kami di sini untuk membantu anda.

Location

PERSATUAN RAKAN CELIK PIPI
No. 3, Jalan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis 1,

81550 Gelang Patah, Johor Bahru, Johor, Malaysia


Mengenai Kami

PERSATUAN RAKAN CELIK PIPI ialah sebuah organisasi berfokuskan komuniti yang berpusat di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kami bersemangat untuk menyatukan orang ramai dan memupuk hubungan yang bermakna. Akiviti dan program kami direka untuk memberi impak positif dan menyokong kehidupan ahli kami dan komuniti. Sertai kami dalam misi kami untuk mencipta rangkaian rakan dan komuniti yang bertenaga, sihat dan menyokong antara satu sama lain.

Create Your Own Website With Webador